” Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa “

” Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa

oleh : Zurinah Hassan

Ingin kurakamkan segalanya pada malam ini

bagaimana kutidur di dadamu

dan kau cuba mengeringkan airmata

tapi aku tidak dapat bersuara

apabila setiap kata-kataku

telah menjadi sebuah dosa

Bila kau bertanya sesuatu

paling mudah menjawab “tidak tahu”

kerana berkata benar

telah menjadi sebuah dosa

Dan apalagi yang tinggal

selain mulut yang bisu

bila suaraku

telah menjadi merbahaya

dan kata-kata

telah menjadi sebuah dosa.

Zurinah Hassan, 1977

~ by siboccahfelix on March 3, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: